|
Minyak Kelapa Dara Virgin Coconut Oil VCO (Biovco)
Essential Fatty Acid (EFA) |
Kemaskini : |
|

Melalui teknologi Colour Vibration Therapy (CVT), EFA oil ini
akan dimasukkan getaran gelombang bagi memberikan kesan serta keberkesanan
produk yang maksimum.
Essential Fatty Acid Oil (EFA)
Virgin Coconut oil ataupun dikenali sebagai Minyak Kelapa
Dara ini diperolehi daripada buah kelapa muda matang yang terpilih dan
dipetik sendiri daripada pokok kelapa demi menjaga struktur molekul atomnya
daripada mengalami proses pemecahan atom. Dengan melalui proses-proses khas
seperti proses salaian dan pengewapan ia tidak akan merosakkan struktur asal
atau khasiat semulajadi minyak kelapa dara yang terdapat di
dalam buah kelapa tersebut dan ini merupakan satu kekunci bagi ikatan kimia.
Melalui teknologi Colour Vibration Therapy (CVT), EFA oil ini akan dimasukkan
getaran gelombang bagi memberikan kesan serta keberkesanan produk yang maksimum.
Daripada sumber penyelidikan perubatan, minyak kelapa
dara ini terdiri daripada beberapa jenis lemak (fatty acid) yang amat
berguna dan berkesan terhadap pembentukan kesihatan manusia. Minyak kelapa dara
terdiri daripada 92% asid lemak (medium chain fatty acid) yang merupakan
diantara lemak tepu yang terbaik diantara lemak temu lain, khusus untuk
kesihatan manusia. Lemak tepu ini mempunyai rantaian panjang fatty acid yang
berpekatan tinggi dan mudah diserap ke dalam tubuh yang amat membantu kepada
proses penghadaman dan perkumuhan.
Rantaian asid lemak yang dihantar terus ke hati ini akan
diproses lalu membentuk kepada satu bentuk tenaga bagi tubuh badan manusia.
Melalui kajian, asid lemak ini berupaya melindungi diri daripada serangan
penyakit dan membantu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang disebabkan oleh
faktor mikrobial. Di samping itu juga ia mampu meningkatkan sistem imun tubuh
dan bertindak dalam penyerapan dan perkumuhan magnesium, kalium dan asid amino.
Antara asid lemak yang terdapat di dalam minyak kelapa dara ialah Caproic Acid,
Caprylic Acid, Capric Acid, Lauric Acid dan Myristic Acid. Pengambilan minyak
kelapa dara ini tidak memberikan sebarang kesan toksikologi ataupun farmalogikal,
bahkan asid lemak minyak kelapa dara ini menyerupai susu ibu yang kaya dengan
sumber asid lemak ini serta lain-lain protein yang baik untuk kesihatan.
Khasiat, Kebaikan & Kelebihan Minyak Kelapa Dara
EFA
1) Meningkatkan sistem imun tubuh badan dan
mengeluarkan toksin.
Asid lemak yang terdiri daripada unsur antimicrobial boleh
membantu membunuh virus, bakteria, fungi dan parasit. Ini telah ditemui pada
tahun 1966 oleh Jon Kabara PhD, melalui kajian beliau, apabila asid lemak
dihadam, ia akan dipecahkan kepada bentuk monoglycerida dan asid lemak bebas
yang membentuk kepada pengaktifan unsur antimicrobial. Terdapat pelbagai jenis
asid lemak yang penting di dalam EFA seperti Lauric Acid, Capric Acid dan
Caprylic Acid. Unsur monoglyceride, monolaurin, monocaprylin dan monocaprin yang
terkandung di dalam asid lemak inilah yang membantu kepada perlindungan sistem
imun tubuh badan manusia. Asid lemak yang terkandung di dalam EFA ini bersifat
sebagai anti bacteria dan mampu memusnahkan bakteria yang menghasilkan toksin di
dalam badan. Dengan pengambilan asid lemak EFA, ia boleh meningkatkan kadar
metabolisma serta sistem imun tubuh dan tubuh manusia menjadi kuat dan mampu
menentang serangan bakteria yang menyebabkan pembentukan toksin. Dengan
pengambilan asid lemak EFA, ia mampu bertindak sebagai anti oksidan yang
menghalang radikal bebas. Pengambilan asid lemak EFA yang berterusan mampu
meningkatkan tenaga kepada tahap yang paling maksimum. Melalui ujian kajian
pakar penyelidik, asid lemak minyak kelapa dara telah diberikan kepada beberapa
ekor kuda bagi meningkatkan tahap tenaga serta kecekapan kuda semasa berlumba
dan keberkesanan dapat dilihat berbanding kuda yang lain. Ia juga digunakan oleh
para atlet dalam memberi tenaga yang berpanjangan disamping penggunaan asid
lemak minyak kelapa dara di dalam minuman-minuman bertenaga yang terdapat
dipasaran. Asid lemak ini bertindak terus ke hati dan di hati ia diproses untuk
ditukarkan kepada satu bentuk tenaga. Disamping itu juga ia membantu dalam
meningkatkan kadar metabolisma disebabkan asid lemak mudah diserap dan ditukar
kepada tenaga.
2) Membantu memelihara kesihatan hati dan
buah pinggang
Asid lemak EFA bukan sahaja membantu mengelakkan kita daripada
penyakit hati dan buah pinggang tetapi ia juga digunakan sebagai penyembuhan
dalam memelihara kesihatan hati dan buah pinggang. Manakala buah pinggang yang
sihat akan terus menapis darah dan menyingkirkan bahan-bahan yang tidak
diperlukan melalui urin.
3) Membantu mencegah penyakit jantung
Ramai pengguna keliru bahawa dengan pengambilan minyak kelapa
boleh menyebabkan penyakit jantung disebabkan kandungan lemak tepu yang terlalu
tinggi. Keunikan kandungan lemak tepu di dalam minyak kelapa adalah berbeza
daripada lemak tepu yang lain disebabkan ia tidak menyumbang kepada peningkatan
kandungan kolestroil di dalam darah dan sebenarnya minyak kelapa adalah bebas
kolestrol. Disebabkan asid lemak EFA membantu dalam meningkatkan kadar
metabolisma, ia mampu menurunkan kadar kolestrol LDL (kolestrol jahat) dan
meningkatkan paras kolestrol HDL (kolestrol baik) di dalam tubuh manusia.
4) Membantu mencegah serangan kanser
Asid lemak EFA digunakan sebagai senjata dalam menentang
penyakit kanser. Kenyataan ini bukan sahaja dibuktikan melalui testimoni bahkan
melalui kajian perubatan. Dengan pengambilan asid lemak EFA, ia mampu
meningkatkan sistem imun tubuh dan dengan adanya peningkatan sistem tubuh yang
kuat, ia mampu menghalang dan membantutkan pembentukan sel-sel kanser. Dengan
pembentukan sistem imun yang kuat, ia menjadi langkah awal dalam mencegah dan
merawat bukan sahaja penyakit kanser bahkan penyakit-penyakit lain seperti
tumor. Berdasarkan penyelidikan dengan pengambilan asid lemak ia bukan sahaja
boleh mengecutkan sel tisu tumor tetapi ia juga menghalang pembentukan dan
pembesaran tumor.
5) Memberi nutrisi kepada ibu mengandung,
ibu dan bayi menyusu.
Susu ibu secara semulajadi mengandungi komposisi asid lemak
yang sangat menakjubkan. Ia terdiri dari 45-50% 'saturated', sekitar 35%
'monounsaturated' dan 15-20% polyunsaturated'. Daripada jumlah keseluruhan
faturated acid tersebut, sekitar 18% daripadanya adalah antimikrobial asid lemak
yang terdiri dari lauric acid dan capric asid. Kedua-dua antimicrobial asid
lemak tersebut memberikan bayi yang disusukan daripada berbagai jenis virus,
seperti HIV dan bakteria. Paras kandungan antimikrobial asid lemak tersebut
mungkin serendah 3-4%. Namun apabila seseorang ibu yang menyusukan anak
mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, paras lauric acid dan capric acid
akan bertambah dengan ketara dalam air susu mereka. Kajian telah menunjukkan
apabila minyak kelapa dara dijadikan sebagai sebahagian daripada pemakanan,
kandungan lauric acid dalam susu ibu akan bertambah sekitar tiga kali ganda,
manakala kandungan capric acid akan bertambah sekitar dua kali ganda. Disamping
khasiat terhadap anak yang disusukan ibu-ibu yang mengambil minyak kelapa dara
dalam makanan, mereka juga akan mendapat kahsiat tambahan, kerana 'saturated
fat' yang merupakan ' medium chain fatty acid' dalam minyak kelapa dara mudah
dihadamkan dan ditukar kepada tenaga, disamping kemampuannya mengaktifkan atau
melancarkan sistem metabolisma, mampu menyokong sistem imunisasi tubuh dan
teruji dalam mengatasi masalah thyroid.
6) Membantu memberi keanjalan kulit dan
melambatkan proses penuaan
Kandungan asid lemak yang terdiri daripada unsur antioksidan
amat membantu dalam memberi kesan anjalan kulit dan melambatkan proses penuaan.
EFA mampu membuatkan kulit anda kelihatan lebih muda. Pada saat sel kulit mati,
EFA dapat menghilangkan sel mati dipermukaan kulit dan membuatkan kulit lebih
halus dan licin.
7) Menurunkan berat badan
Minyak kelapa dara EFA juga mampu bertindak dalam
menguruskan berat badan. Ini adalah disebabkan kandungan asid lemaknya yang
tidak memasuki saluran darah seperti lelemak yang lain, tetapi ia akan dihantar
terus ke hati dan diproses serta ditukarkan kepada bentuk tenaga seperti
karbohidrat. Oleh yang demikian, asid lemak yang digunakan untuk membentuk
tenaga ini akan menjurus kepada peningkatan kadar metabolisma badan dalam
membakar kalori dan secara langsung ia akan membakar lemak badan dan membantu
dalam penurunan berat badan.
Set Minyak Kelapa Dara
Virgin Coconut Oil VCO (Biovco) atau lebih dikenali sebagai Essential Fatty Acid
(EFA) bersama Active Vibration Honey (AVH)
Kandungan :
100% Minyak Kelapa Dara
Cara Penggunaan :
1 sudu teh EFA dicampurkan dengan 2 titik AVH, dua kali sehari
Harga :
RM79.00 Sahaja
Perhatian
-
Elakkan minuman bergas / berkarbonat
-
Elakkan minuman Nescafe
-
Elakkan
produk daripada terdedahkan kepada cahaya matahari / haba panas. Sebaiknya simpan di tempat yang
gelap.
-
Jauhkan daripada talifon bimbit, televisyen, komputer dan sebarang
peralatan elektrik.
-
Gunakan peralatan plastik dan kaca sahaja seperti sudu plastik.
Elakkan daripada menggunakan peralatan besi.
Kelebihan Produk Colour Vibration Therapy (CVT)
-
Dipertenagakan dengan gelombang tenaga cahaya nampak iaitu matahari dan
bulan melalui bunga-bungaan yang bersih lagi suci mengikut tenaga tubuh
manusia. Ini membuatkannya lebih efektif dan kesan yang optima akan dapat
dirasai dalam waktu yang singkat.
-
Saiz molekul terkecil bagi memudah proses penyerapan oleh tubuh.
Tindakbalas segera akan dapat dirasai.
-
Menggunakan bahan-bahan yang halal lagi suci dan berkualiti tinggi. Ini
akan senantiasa memberikan kesan positif untuk kesihatan fizikal, mental,
emosi dan spiritual seterusnya mengelakkan daripada komplikasi negatif di
masa hadapan.
-
Diformulasikan anak
tempatan yang pakar dalam bidang 'Multi-Disiplin Seni Sains Kehidupan
Melalui Falsafah Kesihatan' iaitu Prof. Emeritus Dr. Sir. Norhisham Wahab.