KONSEP ASAS CVT

Carta warna diri/level/unsur

Ilmu bersifat sejagat dan tidak ada pemisah antara ilmu –ilmu dengan islam. Oleh kerana ilmu agama dan ilmu sains saling berkait rapat kerana mereka lahir dari sumber yang sama iaitu ilmu tuhan maka proses pengislaman ilmu amat penting supaya manusia dapat mengetahui cara untuk meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya yang sebenar dalam sistem kewujudan. Dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya yang sebenar, manusia mengamalkan keadilan dan keadilan membawa kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Dan atas dasar inilah Colour Vibration Therapy (CVT) lahir melalui ilmu pengetahuan dengan falsafah yang diasaskan oleh tokoh perubatan alternatif melayu yang berkonsepkan islamisasi ilmu.


Pengkajian dan perkembangan teori atom yang ada di alam bermula dari asal mula terbentuknya struktur ikatan, tenaga massa ( jisim/tulang ) yang ada di alam dan diri manusia, serta bagaimana mungkin atom dapat menjadi bahan perawat pada setiap benda hidup menjadi titik permulaan lahirnya CVT. Konsep perubatan yang paling rasional dan bersifat ilmiah pada masa kini adalah bagaimana sebuah massa ( jisim/tulang ) bertukar menjadi sebuah ‘energi’. Meskipun kelihatan singkat, ringkas dan mudah tetapi teori atom telah membawa kepada perubahan besar dalam perkembangan ilmu perubatan khususnya CVT.


CVT turut mengkaji dan memahami bahawa 4 unsur sebagai rahsia alam yang paling besar dan membentuk dengan diri manusia sebagai pengimbang secara keseluruhan iaitu angin, sebagai rahsia nitrogen (warna diri putih – level spiritual), Api sebagai rahsia Oksigen (warna merah jambu – level Emosional), Air sebagai rahsia Hidrogen (warna diri hijau – Level Mental) dan Tanah sebagai rahsia Karbon (warna diri biru – level Fizikal).


Setiap penyakit itu ada penawarnya dan itulah ketetapan Ilahi. Syaratnya manusia perlu mengkaji ilmu dan memahami ketetapan dan peraturanNya maka akan terbukalah rahsia yang perlu diketahui. Rahsia penawar sesuatu penyakit itu sebenarnya berpunca daripada apa yang anda lihat, dengar , fikirkan dan rasa ( perbuatan / amalan ) . Itulah racun dan itulah juga penawarnya. Titik noktahnya, CVT berusaha mendidik dan berkongsi secara ilmiah pengetahuan pendidikan kesihatan melalui konsep perubatan dan rawatan kepada masyarakat untuk sama-sama menilai dan berkongsi ilmu yang akhirnya dapat menjelaskan keesaan Tuhan yakni ALLAH SWT.


PERUBATAN DAN RAWATAN CVT

Produk dan formula CVT

Konsep perubatan CVT berkonsepkan keharmonian dan keseimbangan ‘energi’ dalam badan manusia. Kaedah perawatan melalui empat fasa atau turut dikenali sebagai 4 dalam 1 iaitu Kelegaan, (fasa 1), penyembuhan (fasa 2), Pencegahan (fasa 3) dan Pertahanan (fasa 4).


Kaedah rawatan CVT bersifat semulajadi di mana merawat sel-sel yang sudah lemah seterusnya mengembalikan tenaga dan semangat kepada pesakit akan kembali normal seperti asal. CVT dalam rawatan menangani penyakit adalah dengan mengenali warna dalam perspektif penyakit. Ragam, perangai, tingkah laku, cara berfikir, perasaan, semangat, perlakuan dan tindak tanduk setiap individu berkait rapat dengan inspirasi warna.


Formula rawatan CVT mampu mambantu pelbagai jenis ketidak harmonian kesihatan merangkumi spiritual, emosi, mental dan fizikal. Dengan menggunakan teknologi gelombang tenaga bunga (floral) mengikut antidot iklim yang tepat bagi tujuan kestabilan, keharmonian, dan keseimbangan pada tenaga hayat semulajadi tubuh. Ini membuktikan rawatan tradisional mandi bunga sebenarnya amat praktikal dan dapat diterapkan dengan cara moden melalui kaedah hidroterapi Ais.


RAHSIA SIGNIFIKAN TENAGA BUNGA DENGAN TENAGA HAYAT SEL-SEL TUBUH

Formula NW1-NW20

Tenaga gelombang yang wujud dalam bunga 5 kelopak (bunga 5 kelopak mempunyai tenaga gelombang yang paling tinggi) ini diperangkap, dirakam dan dipindahkan melalui kaedah saintifik kedalam glukos dan pati bunga. Hasilnya ialah tablet glukosa yang dipanggil Natural Wave (NW) dan pati minyak Aromatherapi. Medium asas dalam CVT adalah minyak zaiton yang digabungkan dengan minyak kelapa dara. Ianya bebas daripada dadah, bahan aktif, bahan surihan, bahan awet, pewarna, alkohol dan sumber haiwan. Semua formula CVT adalah murni, suci dan bersih. Formula CVT terbahagi kepada kecantikan/ rawatan kulit / Nutrisi, kesuburan dan Seksual, Kecerdasan EQ, Formula Anti-Oksidan dan perawatan organ (bahagian yang mengalami ketidakseimbangan). Konsep rawatan CVT adalah berkonsepkan Ozon Hidroterpi Ais merupakan konsep rawatan CVT yang dikemukakan melaui teori reaksi Fisi dan Fusi. Melalui teori reaksi ini (Fisi dan Fusi) menjelaskan bahawa penyakit merupakan satu bentuk tenaga walaupun ia melibatkan serangan bakteria, virus fungus (kulat) atau apa-apa sahaja.


PENYAKIT ADALAH SATU BENTUK TENAGA

Oleh itu, CVT percaya tenaga yang dikenali sabagai penyakit boleh diubah bentuk atau dipindahkan bagi mengembalikan semula hak tenaga asal pada kedudukan yang telah ditetapkan ke arah keseimbangan dan keharmonian serta menjadi potensi ‘energi’ baru yang lebih kondusif. Perawatan ini membenarkan pesakit untuk pulih tanpa ada sebarang kesan sampingan. CVT menolak sepenuhnya konsep antibiotik, vaksin yang dianggap tidak selamat.


TINDAK BALAS KE ARAH PENYEMBUHAN

Teori Falsafah dalam disiplin rawatan yang sangat praktikal adalah cara bagaimana kesan tindak balas dapat dielakkan dengan pengawalan kecepatan masa. Tindak balas kea rah penyembuhan bermaksud penyembuhan penyakit bergantung kepada disiplin pengambilan masa yang tepat. Masa yang tepat merangkumi Magnitud (niat), Amplitud ( kimia), Frekuensi (sifat) dan Resonan (massa dan masa bersatu). Sel akan bekerja secara harmoni dan seimbang mengikut fungsi sebenar yang menyeluruh bagi bertindak balas.


MERAWAT ATTITUDE (SIKAP)

Penyakit akan sembuh dengan melahirkan serat mencipta (mengubah) sifat-sifat negative (spiritual) pesakit. Antara sifat-sifat negatif tersebut adalah seperti ketakutan yang luar biasa (fobia), dukacita, hampa, imsonia, hilang semangat dan sebagainya. CVT akan mengubah sifat-sifat negatif tersebut menjadi positif seperti bersemangat, aktif, minat yang tinggi, kecekapan, pertahanan diri yang kuat dan sebagainya melalui konsep perubatan dan rawatan CVT. Perubahan ini akan membantu sel kembali bekerja seperti asal dan penyakit akan beransur pulih.