Semburkan 3-5 kali ke dalam
mulut atau di bawah lidah (Ulangkan 3 kali sehari). Gunakan menurut hari
yang ditetapkan pada setiap botol iaitu waktu siang terdapat 7 botol
mewakili setiap hari dan untuk waktu malam juga terdapat 7 botol yang
digunakan pada sebelah malam.
Amalkan penggunaan EQ setiap hari. Kesan maksimum bagi kanak-kanak sebelum
usia 15 tahun, namun boleh juga diambil oleh orang dewasa.
Belajar Melalui Jiwa /
Imaginasi / Visual
Terdapat dua bahagian / hemisfera otak iaitu otak kanan dan otak kiri.
Kedua-dua hemisfera otak kanan dan kiri ini amat berpengaruh terhadap gaya
pemikiran setiap manusia. Terdapat individu-individu yang pemikirannya
lebih dipengaruhi oleh otak kanan dan terdapat juga individu-individu yang
pemikirannya lebih dipengaruhi oleh otak kiri. Gaya pemikiran otak kanan
adalah lebih bebas dan rawak, lebih menyeluruh (holistik), intuisi,
subjektif, sintesis dan abstrak. Gaya pemikiran otak kiri pula lebih
kepada logik, rasional, analitik, objektif, berturutan dan spesifik. Ilmu
yang mudah dilihat banyak menggunakan otak kiri contohnya ialah ilmu
matematik dan ilmu yang berkaitan dengan otak kanan ialah ilmu seni muzik,
sastera dan lukisan. Walau bagaimanapun, terdapat juga ilmu-ilmu yang
menggabungkan pemikiran otak kiri dan kanan seperti ilmu-ilmu sains fizik,
kimia, astronomi dan falsafah.
Jika dilihat daripada sudut pendidikan, kebanyakan sistem pendidikan yang
terdapat di dunia lebih menjurus kepada aliran pemikiran otak kiri. Para
pelajar di seluruh dunia dilatih untuk membuat keputusan dan melakukan
satu-satu tindakan berdasarkan logik, rasional dan yang mendapat pulangan
materi semata-mata. Ciri-ciri pemikiran otak kiri lebih ketara apabila
pelajar memasuki gerbang universiti. Jika dikategorikan dalam ilmu teknik
berfikir, gaya berfikir menggunakan otak kiri ini bolehlah dikelaskan
sebagai gaya pemikiran vertikal. Gaya berfikir seperti ini sangat-sangat
memerlukan sebab-sebab rasional dan logik; segala keputusan mesti
berdasarkan sebab dan akibat, pengalaman-pengalaman yang lalu dan mesti
mempunyai rujukan; setiap idea mesti berasaskan logik dahulu kemudian baru
boleh dilaksanakan.
Ringkasnya, segala idea dan imaginasi akan dikongkong oleh logik dan
rasional. Para pelajar tidak akan bebas berfikir dan tidak mampu dan tidak
berani melahirkan idea-idea baru apatah lagi idea-idea yang amat
bertentangan dan dianggap pelik oleh individu-individu yang berfikiran
konvensional. Fikiran konvensional adalah fikiran yang berasaskan
pendapat-pendapat lama yang telah kukuh dan diterima ramai sebelum ini.
Jika ada idea-idea baru yang dilahirkan pun hanyalah berbentuk inovatif
atau improvement daripada idea-idea sebelum ini, bukan berbentuk kreatif.
Boleh jadi pelajar, boleh cemerlang dalam akademik tetapi mungkin mereka
tidak akan menghargai apa yang telah dipelajari. Sekiranya para pelajar
dilatih lebih menggunakan otak kanan, mereka akan menjadi lebih kreatif
dalam mengeluarkan idea. Idea-idea yang dilahirkan adalah lebih bebas,
abstrak dan tidak terkongkong oleh fikiran-fikiran lama / konvensional.
Berbeza daripada corak pemikiran otak kiri, dalam gaya pemikiran otak
kanan, logik dan rasional akan menyokong imaginasi bukan imaginasi
menyokong logik dan rasional. Di dalam ilmu teknik berfikir, gaya
pemikiran otak kanan ini dikenali sebagai gaya pemikiran lateral. Jika
gaya pemikiran ini diterapkan dengan lebih sistematik di sekolah-sekolah
dan institusi-institusi pendidikan tinggi, maka kemajuan teknologi sudah
pasti akan lebih terkehadapan daripada yang kita lihat hari ini.
Adalah tidak mustahil untuk melahirkan idea-idea yang tepat dengan
menggunakan imaginasi tanpa melihat dengan lebih teliti tentang sesuatu
perkara asalkan seseorang individu itu mempunyai asas yang cukup kukuh
dalam sesuatu ilmu itu. Sebagai contoh, pada abad ke 12, terdapat seorang
tokoh perubatan Islam yang amat terkenal di Mesir bernama Ibnu An-Nafis.
Ibnu An-Nafis adalah amat terkenal sebagai orang yang pertama di dunia
yang menemukan peredaran darah dalam tubuh manusia. Beliau telah
menggambarkan dengan tepat bagaimana darah dalam tubuh beredar daripada
jantung ke paru-paru dan seterusnya kepada seluruh sistem-sistem tubuh
yang lain. Anehnya ialah beliau tidak pernah membedah satu pun mayat
manusia seumur hidupnya.
Jadi bagaimanakah beliau boleh menemukan idea ini ? Sudah tentulah beliau
menggunakan imaginasinya setelah mempunyai pengetahuan yang kukuh dalam
bidang perubatan. Beliau juga banyak membuat kritikan, ulasan dan
pembetulan-pembetulan daripada ilmu-ilmu perubatan dari zaman Yunani
seperti Galen dan juga tokoh-tokoh Islam lain seperti Al-Razi dan Ibnu
Sina.
Kesimpulan, teknik pembelajaran secara menghafal tidak pratikal kerana
lumrahnya apa yang dihafal itu akan luput daripada ingatan jika ia tidak
diperlukan. Sebaliknya pembelajaran dengan menggunakan semua sistem deria
iaitu mata, telinga, kulit, hidung dan lidah dapat merangsang daya
berfikir (secara semula jadi).
Dalam hubungan ini CVT menerusi formula E.Q - E.Quotient iaitu larutan
berasaskan air mengandungi hidrogen dan nitrogen memberikan tenaga dan
khasiat kepada otak seperti susu ibu. E.Q - E.Quotient perlu disemburkan
pada lidah akan memberi rangsangan kepada otak dengan lebih teratur yang
secara tidak langsung menggalakkan individu itu menggunakan daya imaginasi
serta visual mereka untuk belajar. E.Q - E.Quotient juga mengandungi
magnesium, fosforus, potassium bagi dijadikan tenaga untuk merangsang
sistem deria.
Kebijaksanaan Pelbagai (Multiple Intelligence)

|
Zon |
Fungsi
Otak |
|
Zon 1 |
Penumpuan (Deria Bau / Hidung) Smell |
|
Zon 2 |
Visualisasi (Deria Penglihatan / Mata)
Vision |
|
Zon 3 |
Persepsi (Deria Pendengaran / Telinga)
Hearing |
|
Zon 4 |
Penelitian (Deria Penerimaan) Central
Culcus |
|
Zon 5 |
Penghayatan (Deria Sentuhan / Kulit)
Touch and Pressure |
|
Zon 6 |
Pemahaman (Deria Suara / Percakapan /
Mulut) Speech |
|
Zon 7 |
Pemekaan (Deria Rasa /
Lidah) Tasted |
|
Zon 8 |
Pengubahsuaian (Deria
Pengawalan) Motor Control |
Merangsang Keseluruhan
Sistem Deria
EQ adalah formula yang paling selamat digunakan untuk merangsang keupayaan
otak. EQ dicipta berasaskan mineral garam, glukosa dan air ionik iaitu air
dengan molekul halus dalam struktur segitiga dan bersifat alkali,
mempunyai lebihan elektron (ion negatif), kandungan oksigen terlarut serta
menguasai spectrum warna. Ia turut dipertenagakan dengan rakaman gelombang
bunyi resonans Schumann pada frekuensi asas 7.83Hz yang sebenarnya
bersamaan dengan frekuensi planet-planet dan otak kita.
Perbezaan Nyata EQ
dan IQ
Anak anda mungkin telah memiliki I.Q. yang tinggi. Namun sedarkah anda
bahawa I.Q yang tinggi sahaja tidak mencukupi bagi kematangan yang ideal
Mereka mungkin bijak dan cerdik dalam pemikiran matematik dan logik namun
kurang berupaya mengawal emosi dan kematangan atau kejiwaan.
Kini dengan EQ anda boleh seimbangkan IQ anak anda supaya kematangan dan
kebijaksanaan emosi terbina di dalam diri ke arah kehidupan yang lebih
harmoni.
Formula EQ adalah yang pertama seumpamanya berfungsi secara penghantaran
isyarat-isyarat elektrik melalui kulit dan saluran deria ke otak yang
begitu pantas dan tepat. Berbanding dengan formula otak yang diambil dalam
bentuk pemakanan, formula EQ meminimakan kesan-kesan yang rangsangan dan
tindakbalas hormon supaya tidak berlakunya implikasi buruk atau kesan
sampingan yang lain.
Daya ke arah
penyembuhan melalui keseimbangan EQ
Berbagai penelitian telah dilakukan tentang EQ. Prof. Emeritus Dr. Sir
Norhisham menemukan kimia air ionik dengan keistimewaan lebihan elektron
iaitu ion-ion negatif didapati mempunyai satu rangkaian molekul dengan
atom karbon, hidrogen, nitrogen dan oksigen yang mengerumuni satu atom
magnesium. Ini bermakna ia dapat menyamai satu struktur kimia hemoglobin
dalam darah. Oleh itu ia bukan sahaja dapat merangsang isyarat magnetik ke
otak kanan dalam mengawal emosi dan kebijaksanaan malah ia amat baik untuk
rawatan dan pencegahan pelbagai penyakit yang berasaskan kepada pencemaran
darah.
EQ adalah berpusat di kawasan stesyen geganti hipotalamus sebagai
penerima segala bentuk isyarat luaran yang pertama melalui otak sebelum ke
bahagian pituitari. Semua maklumat akan dianalisa secara umum dan
menyeluruh sebelum diperincikan satu persatu.
EQ dan hipotalamus adalah pusat kawalan segala bentuk emosi atau nafsu di
dalam tubuh. Ia akan mengawal tabiat, kelakuan atau segala bentuk
perlakuan agar tidak keterlaluan dan matang di dalam menghadapi situasi.
EQ berupaya membangkitkan emosi dan kesedaran yang dapat merawat kegugupan,
masaalah sawan, parkinson atau segala bentuk penyakit otak, masaalah
jangkitan atau segala bentuk alahan terutama pernafasan dan sinus.
EQ juga merawat tenaga magnetis otak supaya tidak menjadi kaku atau pasif
sebaliknya lebih cekap dan pantas menerima dan memberi maklumbalas kepada
tubuh.
EQ merawat sistem deria yang sensitif yang terdedah kepada aliran elektrik
dan sinar radiasi yang mengubah daya kutub magnet tubuh. Formula ini amat
baik untuk meleraikan pencemaran radiasi apabila terlalu lama terdedah
kepada komputer atau televisyen.
Cara pemikiran otak kanan (EQ)
EQ menjana pemikiran otak kanan yang menghasilkan pertimbangan yang wajar,
secara mudah, bebas dan bersahaja ke arah penyelesaian masaalah. Ia juga
membantu meningkatkan tahap penyesuaian secara holistik, sintesis,
konseptual dan proaktif. EQ meningkatkan daya fokus pembelajaran yang
lebih lama selain gaya penulisan yang lebih kemas serta membina akhlak
yang dan tingkah laku yang mulia.
Cara pemikiran otak
kiri (IQ)
Pemikiran IQ yang menggunakan otak kiri sebenarnya lebih terhad kepada
analisa logikal yang memerlukan langkah demi langkah dan berturutan.
Penyelesaian masaalah lebih tertutup dan berulang-ulang yang banyak
mencetuskan kekeliruan. Kesannya banyak aktiviti menjadi perlahan selain
sangat bergantung kepada analisa satu persatu. IQ tidak berupaya membentuk
akhlak, moral, rohani dan jasmani yang sebenar. Kecerdikan sememangnya
wujud namun lebih banyak kesan-kesan seperti berdusta dan mencari helah.
"EQ
adalah rahsia di dalam kesabaran dan keheningan"
|