Cranberry
Collagen adalah satu rumusan istimewa dan makanan berfungsi tinggi
yang amat baik untuk meningkatkan dan mengekalkan tenaga dan membantu dalam
kecantikan luaran dan dalaman. Dengan ramuan yang selamat dan terbukti dalam
banyak ujian saintifik, ia dipertenagakan melalui metadologi getaran. Tiada
sebarang gula tambahan digunakan.
Kebaikan Cranberry
Cranberry kaya dengan vitamin C, kalsium, magnesium, kalium,
fosforus, vitamin A, B1, B2, thiamin dan niasin, serat serta astrigen kuat
dengan asid yang baik dan gula asli yang rendah. Ia juga rendah karbohidrat.
Cegah Jangkitan Saluran Kencing & Batu Karang
Kebaikan utama cranberry adalah untuk mencegah dan melegakan
gejala-gejala jangkitan saluran kencing. Disebabkan oleh kebaikan inilah ramai
wanita mengamalkan amalan meminum jus cranberry untuk merawat masalah jangkitan
saluran kencing.
Malah terdapat kajian yang menunjukkan bahawa sebatian yang
terdapat dalam cranberry boleh mencegah bakteria seperti E-Coli daripada melekat
pada sel-sel di sekitar dinding saluran kencing dan menyebabkan jangkitan.
Cranberry juga amat baik dimakan oleh wanita hamil.
Kandungan vitamin C yang tinggi menjadikan ia pilihan bagi
mencegah jangkitan pundi kencing dan sistisis. Kandungan asid quinik dalam
cranberry dikatakan mampu mengurangkan kalsium berion sekali gus mengurangkan
risiko pembentukan batu karang.
Kranberi Merangsang Kulit Lebih Cerah Dan Muda
Kranberi juga mengandungi sejumlah bahan sebatian flavanoid
dan polyphenolic. Flavanoid dikatakan berfungsi sebagai antioksidan dan
mengurangkan risiko atherosclerosis. Pengambilan kranberi dikatakan mampu
mengurangkan risiko penyakit jantung. Radikal bebas merosakkan kolagen dalam
kulit kemudian menyebabkan kulit wajah berkedut, hilang kelenturan, kusam serta
menjadi kemerah-merahan. Buah kranberi mengandungi nilai kandungan kemampuan
penyerapan radikal oksigen atau ORAC yang amat tinggi. Pengambilan kranberi
dikatakan mampu merangsang kulit yang lebih cerah dan nampak lebih muda.
Kranberi juga mampu mencegah bakteria daripada melekat pada
gigi sekaligus menjadikan gigi berada dalam keadaan bersih dengan lebih lama.
Buah kranberi dikatakan mempunyai kuasa bagi memusnahkan bakteria berbau busuk
yang terbina di dalam mulut dan membawa kepada nafas berbau. Buah kranberi juga
bagus untuk kanak-kanak kerana ia dikatakan mampu membantu menguatkan dan
menyihatkan pembesaran otot dan tulang, menjaga kulit dan mengurangkan risiko
jangkitan. Khasiat buah kranberi dikatakan dapat meminimumkan kesan kebanyakkan
penyakit berkaitan dengan kanak-kanak.
Kebaikan Marine Collagen / Kolagen Marin
Collagen / Kolagen merupakan struktur protein yang berfungsi
sebagai perekat dalam badan dan lebih kurang satu pertiga daripada keseluruhan
protein dalam badan terdiri daripada collagen / kolagen. Fungsi kolagen adalah
memberikan struktur kepada badan, melindungi dan menyokong tisu-tisu lembut
serta menyambungkannya dengan tulang badan. Kajian klinikal menunjukkan
keberkesanan penggunaan kolagen adalah mengurangkan bilangan, kepadatan dan
kejelasan kedutan, memastikan keanjalan kulit serta memberikan kesegaran kepada
kulit. Pengambilan yang berterusan juga mampu mengurangkan berat badan. Marine
Collagen juga membantu mengimbangi hormon, mencantikkan kulit, menghaluskan dan
menggebukan kulit. Ia juga mampu melambatkan proses penuaan dengan merangsang
pembentukan sel baru.
Coenzyme-Q10
(Coenzyme-Q10 Pencetus Kehidupan)
Coenzyme-Q10 adalah "pencetus" yang membolehkan sel-sel tubuh menghasilkan
tenaga untuk memelihara kehidupan. Kemampuan tubuh menghasilkan dan mengagihkan
bahan mirip vitamin ini menurun kerana faktor umur meningkat atau akibat timbul
pelbagai penyakit, kekurangan nutrien dan tekanan (stress). Oleh yang demikian,
fungsi-fungsi sel akan gagal akibat kekurangan nutrien penting ini. Penyelidikan
perubatan kini membuktikan bahawa tekanan yang timbul akibat peningkatan umur
dan penyakit menghalang tubuh daripada memanfaatkan
Coenzyme-Q10 yang diperolehi daripada makanan yang kita makan. Oleh yang
demikian pengambilan
Coenzyme-Q10 yang tulen sebagai suplemen adalah selamat dan dapat memastikan
selular yang sihat, tenaga dan sistem imunisasi yang berfungsi secara semulajadi.
Kelebihan Yang Luar Biasa
Peningkatan Tenaga -
Coenzyme-Q10 dapat meningkatkan tenaga dengan memanfaatkan oksigen diantara
setiap sel badan.
Coenzyme-Q10 adalah satu-satunya teknik yang dapat membantu melambatkan proses
penuaan dan menyerlah wajah yang muda.
Pencegahan Penyakit Jantung - Kajian dari
Jepun telah membuktikan bahawa
Coenzyme-Q10 dapat meningkatkan keupayaan sel-sel jantung untuk menghasilkan
tenaga dimana kekurangan oksigen akan melambatkan kecekapan jantung.
Coenzyme-Q10 juga dapat dikaitkan untuk merawat penyakit-penyakit seperti
penyakit jantung vaskular, angina pectoris, penyumbatan arteri koronari dan
infeksi miokardinal.
Peningkatan Sistem Imunisasi Tubuh - Sistem
imunisasi tubuh yang lemah boleh menyebabkan penyakit-penyakit yang serius
seperti kanser dan AIDS atau yang lebih ringan seperti alahan atau jangkitan
yang minor. Untuk mengelakkan keadaan ini, tubuh memerlukan kerjasama
berjuta-juta sel untuk mencegah penyakit. Kebanyakan kesan penuaan juga boleh
dikaitkan kepada kegagalan sistem imunisasi. Secara kebetulan, penuaan potensi
sistem imunisasi seiring dengan ketidakupayaan badan mengekalkan
Coenzyme-Q10 secara dalaman. Jika kita berupaya mengekalkan prestasi sistem
imunisasi di usia yang semakin lanjut dimana potensi sistem imunisasi menurun
dengan cepat, kita bukan sahaja boleh menunjukkan kualiti hidup tetapi
kuantitinya juga.
Penurunan Berat Badan - Secara semulajadi,
apabila anda meningkatkan metabolisma melalui senaman, badan juga akan
meningkatkan permintaan untuk tenaga. Sekaligus tubuh akan menyebarkan cadangan
untuk mencapai tenaga segera yang disimpan dalam sel-sel lemak. Melalui proses
ini, simpanan lemak dan terbukti jelas berat badan menurun. Terdapat satu lagi
cara untuk meningkatkan kecekapan bahan bakar metabolik anda dalam sel. Beberapa
ahli saintis percaya bahawa berat badan dikalangan pesakit obesiti dapat diatasi
dengan bantuan
Coenzyme-Q10. Kajian bersama University of Texas dan University of Antwerp dan
Belgium menunjukkan pesakit obesiti mampu mengurangkan berat badan dengan
menambahkan
Coenzyme-Q10 dalam diet. Menurut kajian mereka juga, pesakit obesiti berkurangan
kira-kira 50%
Coenzyme-Q10 dalam tubuh mereka.
Lain-lain Kebaikan Cranberry Collagen
- Mencerahkan kulit secara semulajadi
- Memberikan tenaga
- Membantu mengurangkan keguguran rambut
- Melancarkan peredaran darah dalam badan
- Meningkatkan daya penghadaman
- Mengurangkan sengal-sengal dan lenguh-lenguh otot
Cara Penggunaan:
Koyakkan satu uncang dan terus masukkan ke dalam mulut dan biarkan ianya
hancur sendiri. Makan satu jam sebelum makan atau satu jam selepas makan.