|
Konsep Colour Vibration Therapy (CVT)
Tenaga Cahaya Nampak (Matahari & Bulan) Yang
Dirakam Melalui Bunga-bungaan Yang Bersih Lagi Suci.
Aspek
Formula & Kelebihan Produk Colour Vibration Therapy (CVT)
Formula CVT bersifat semulajadi serta 100
peratus bebas daripada bahan kimia atau bahan aktif yang boleh membawa kepada
tindakbalas kimia berbahaya atau keracunan di dalam tubuh samada dalam jangka
masa panjang atau sebaliknya.
Tidak
menggunakan bahan-bahan daripada haiwan atau sumber hayat yang aktif kerana
bahan-bahan kimia yang aktif dan terlalu aktif akan menimbulkan kesan sampingan
yang berat. Ini membuatkan CVT mengubah kaedah dengan meniru frekuensi sesuatu
bahan yang bersamaan dengan frekuensi tenaga cahaya dan getaran bunyi di
dalam tubuh manusia.
Frekuensi
tersebut akan bergetar menurut keseimbangannya selain mempunyai warna tertentu
bagi membentuk keseimbangan serta-merta pada bahagian tubuh yang tidak seimbang
melalui penggunaan yang kerap dan konsisten.
CVT memiliki
teknologi memerangkap, meniru dan merakam semula pelbagai bentuk getaran dan
gelombang daripada sumber seperti bunga-bungaan, kristal, tumbuh-tumbuhan dan
lain-lain. Adunan secara sistematik 7 jenis pati bunga-bungaan di dalam satu
pati bunga dikenali sebagai "Aromatherapy Vibration" atau Seri Wajah sebagai
medium dengan tenaga magnetik yang berupaya meneutralkan pelbagai keasidan,
keracunan dan jangkitan melalui pelbagai bentuk getaran dan frekuensi tertentu
yang harmoni.
CVT juga
dengan teknologi memerangkap pelbagai bentuk tenaga dengan konsep keseimbangan
menggunakan tahap tenaga yang rendah / kecil, tetap dan konsisten dengan
kelajuan yang tinggi serta berfrekuensi rendah sehingga di bawah 6 Hertz sebagai
bentuk tenaga yang amat semulajadi.
Formula CVT
juga bertindak sebagai bahantara yang membawa tenaga dalam bentuk frekuensi dan
getaran warna yang akan mencari sasaran di dalam tubuh atau organ yang
juga mempunyai frekuensi dan getaran warna tersendiri menurut meridian dan
kedudukan tertentu.
Muka Depan |
Biodata
Pengasas |
Apa Itu CVT |
CVT Dalam Media |
Hidroterapi Ais |
Hubungi |
Order Online
Produk CVT |
Formula NW |
Fungsi NW |
Kombinasi NW |
Tindakbalas NW |
Kesan Positif NW
| Kelulusan KKM
|